Kemahiran Generik
KEMAHIRAN GENERIK.
Apa Itu Kemahiran Generik?
Disediakan oleh anusha.
Apa Itu Kemahiran Generik?
Disediakan oleh anusha.
Menurut Kamus Dewan, Generik didefinisikan sebagai ciri-ciri khusus yang dimiliki oleh sesuatu kelompok, golongan dan lain-lain. selain itu, kemahiran generik dimaksudkan dengan kemahiran yang ada pada diri seseorang secara semulajadi atau dilatih, seperti kemahiran Interpersonal, komunikasi, menyelesaikan masalah, menggunakan idea dan teknik matematik dan sebagainya. seorang tokoh bernama Kearns mendefinisikan kemahiran generik sebagai kemahiran - kemahiran yang boleh digunakan merentasi sebilangan besar pekerjaan yang pelbagai besar pekerjaan yang pelbagai. kemahiran ini perlu ada pada seseorang untuk berfungsi dengan berkesan pada kadar minima sewaktu melakukan pekerjaan mengikut kemahiran-kemahiran khusus yang dimiliki. kemahiran ini dibincangkan di semua peringkat sama ada di peringat rendah, menengah, mahupun Institusi Pendidikan Tinggi.
Istilah Digunakan Oleh Beberapa Negara
Sumber: National Centre for Vocational Education Research, 2003
Terdapat juga beberapa jenis kemahiran Generik yang boleh mengaplikasi dalam pembelajaran seseorang. Antaranya,
Kemahiran komunikasi.
Kemahiran komunikasi merupakan
kemahiran untuk berhubung dengan orang lain. Kemahiran berkomunikasi melibatkan
penggunaan beberapa kemahiran seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada
suara. Penguasaan terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana
seseorang itu berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam
urusan seharian yang melibatkan orang lain. Penguasaan kemahiran yang baik akan
dapat membantu memajukan kerjaya seseorang. Kemahiran ini dilihat dalam
beberapa aspek kemahiran seperti bukan lisan, kemahiran menyampaikan idea
secara lisan dan bertulis dengan berkesan serta berkebolehan berienteraksi
secara berkesan.
Konsep
Komunikasi.Disediakan oleh uma
Guffey dan Almonte mentakrifkan maksud
komunikasi adalah pemindaan maklumat dan makna daripada satu pihak (penghantar)
kepada pihak yang lain (penerima). Menurut sarjana ini, dalam sesuatu proses
komunikasi akan melibatkan lima langkah.
Bentuk
Komunikasi.
1) Sehala – Berkomunikasi tanpa
memerlukan maklumbalas.
2) Dua hala- Penerima memberi maklum
balas kepada penghantar mesej.
3) Komunikasi ke atas- Maklumat dari
orang bawahan kepada pihak pengurusan.
4) Komunikasi ke bawah- arahan,
informasi penting.
Elemen-eleman
proses komunikasi.
Penghantar @ Pengirim
Orang yang mula mencetuakan idea untuk
berkomunikasi dengan orang lain.
Enkod
Penghantar menterjemah dan memahami
maksud maklumat yang dihantar oleh penghantar kepada penerima.
Saluran @ Media
Cara bagaimana mesej atau maklumat ini
dihantar kepada penerima .
Dekod
Proses , mentafsir maklumat yang
diterima daripada penghantar kepada maklumat yang difahami oleh penerima.
Penerima
Orang yang menerima maklumat daripada
penghantar
Maklum balas
Tindak balas yang dihantar oleh
penerima kepada penghantar setelah mentafsir maklumat yang diterima.
Gangguan @ Bising
Perkara yang menggangu proses
komunikasi seperti bising, bahasa berbeza, kerosokan wayar telefon.
Mesej
Idea, maklumat, pendapat, cadangan dan
sebagainya.
Jenis
Komunikasi.
-Komunikasi lisan
-Komunikasi penulisan
-Komunikasi telekomunikasi
-Komunikasi media masa
-Komunikasi digital
Komunikasi
Berkesan.
Memastikan matlamat yang ingin
diasampaikan dapat diterima sepenuhnya. Pendekatan yang betul memberi impak
yang lebih besar dalam komunikasi berkesan.
Kemahiran
dalam komunikasi berkesan.
-Kemahiran tingkah laku
-Kemahiran menimbulkan minat orang
-Kemahiran memberi perhatian
-Kemahiran mendengar
-Kemahiran pemerhatian
-Kemahiran mengemukakan soalan
-Kemahiran membeli refleksi perasaan.
-Kemahiran membri maklum balas.
Ralat
dalam Komunikasi.
PENGHANTAR
-Tidak mengambil kira siapa menerima
mesej
-Mesej tidak jelas
-Andaan silap menghantar mesej.
PENERIMAAN
-Membuat andaaian sendiri bila kurang
faham
-Segan bertanya apabila tidak jelas.
Hubungan
dan Rintangan Komunikasi.
Halangan fizikal
Halangan fizikal ialah halangan yang
berkaitan dengan kebisingan.
Halangan Psikologikal
Terjemah maklumat sebagai ancaman
& bertindakbalas supaya maklumat tidak diterima dengan betul.
Halangan sosiologikal
Halangan berkaitan social seperti
budaya, perbezaan umur, taraf hidup & latar belakang kehidupan seseorang.
Halangan semantik
Halangan berkaitan dengan bahasa iaitu
satu perkataan kadangkala mempunyai banyak makna.
Kemahiran Menyelesaikan Masalah.
Disediakan oleh Anusha.
Kemahiran menyelesaikan
masalah merupakan satu proses mentel untuk menghadapi halangan atau
rintangan terhadap sesebuah
tujuan. Kejayaan menyelesaikan masalah boleh
membawa keseronokan. Penyelesaian
terbaik adalah mengambil kira kesan akibatnya. Objektif penyelesaian
masalah untuk mendapat penyelesaian
terbaik. Ia juga perlu ada beberapa pilihan
dan mempertimbangkan kesan
akibatnya.Terdapat beberapa jenis masalah.Antaranya, masalah berstruktur iaitu masalah yang jelas dan
maklumat yang lengkap. Keduanya, masalah
tidak berstruktur iaitu masalah yang
kabur, tidak berstruktur dan
penyelesaian mungkin tidak tersusun.
Apakah langkah-langkah untuk
menyelesaikan masalah? Di sini ada langkahnya
→Mengenalpasti masalah.
→Memahami masalah.
→Meneroka
pilihan – pilihan penyelesaian.
→Meninjau kesan akibat
pilihan .
→Memilih penyelesaian
masalah yang terbaik.
→Melaksanakan penyelesaian.
→Menilai keputusan
Untuk semua masalah akan mendapat banyak
penyelesaian.kaedah penyelesaian masalah ada banyak juga. Antara kaedah-kaedahnya ialah kaedah Inkuiri, kaedah sumbangsaran, kaedah perbincangan, kaedah sintetik.
Kaedah Inkuiri.
kaedah ini merupakan satu proses penemuan sumber, maklumat dan data.Ia adalah teknik penyoalan untuk kumpul maklumat.
Kaedah Sumbangsaran.
kaedah dilakukan secara kumpulan dan hasilkan idea berdasarkan fakta yang relavan.
Kaedah Perbincangan.
kaedah ini merupakan aktiviti menilai idea.Idea yang dipilih dapat ditentukan dan dapat memilih idea yang berkualiti.
Kaedah sinetik.
kaedah ini menggunkkan teknik persamaan dan dapat menghubungkan sesuatu yang berbeza dalam kelompok yang sama.
semasa kita cuba menyelesaikan masalah kemungkinan kita akan mengalami halangan.halangan pertamanya adalah tiada gambaran jelas tentang situasi.Iaitu tidak dapat mengkonsepkan situasi masalah itu.keduanya, kekangan masa menyebabkan masalah itu diselesai dalam jangka masa yang lewat.ketiganya, terdapat bilangan butiran yang besar.selain itu, gangguan daripada maklumat yang tiada kaitan.kelimanya,cara pemikiran yang sukar berganjak dari keadaan biasa.
Terdapat alat-alat penyelesaian masalah seperti peta minda dan pengurusan grafik.Peta minda merupakan alat mengubah tersirat kepada tersurat.Aktiviti merangka, merekod, dan merancang.Jika kita menggunakanya dapat membuat persembahan grafik.Alat keduanya ialah pengurusan grafik.Ia terdapat dalam bentuk ilustrasi.Dapat menguruskan cara dan gaya pemikiran.Dapat mengambarkan mudah tentang idea.
FAEDAH KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH.
⇒Boleh menyelesaikan masalah secara rasional dan objektif.
⇒Mengamalkan proses penyelesaian masalah yang sistematik.
⇒Membantu meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif.
. ⇒Meningkatkan keyakinan diri dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah.
KEMAHIRAN MERANCANG DAN MENGELOLA AKTIVITI.
Disediakan oleh Darshini
Kemahiran
merancang dan mengelola aktiviti dikaitkan dengan empat teknik penting yang
dikenali dengan singkatan POLC. Empat komponen ini mempunyai maksud
tersendiri. Antaranya ialah merancang (P – Planning), Mengelola
(Organizing - O), Memimpin (Leading – L) dan Mengawal
(Controlling – C). Merujuk kepada ( Kamus Dewan 2007 )
sesuatu aktiviti haruslah dirancang dan disusun secara teratur dan rapi agar
dapat mencapai kejayaan dalam sesuatu organisasi. Kemahiran merancang dan
mengelola aktiviti amat penting diketahui, difahami dan seterusnya diaplikasi dalam
melaksanakan sesuatu aktiviti. Dalam melakukan sebarang tugasan, kemahiran
merancang dan mengelola aktiviti dilihat sebagai keperluan asas dalam menjamin
keberkesanan dan kejayaan bagi sesuatu organisasi. Dalam blog saya,, kemahiran
ini dilihat sebagai salah satu elemen yang sangat penting bagi setiap individu
sama ada sebagai pelajar atau pengurus di sesebuah organisasi. Kemahiran ini
juga juga diketahui sebagai pentas bagi seorang pengurus majlis atau tugasan
untuk mengendalikan program-program yang dilaksanakan di organisasi. Segala
aktiviti yang kita ingin menjalankan boleh diteruskan dengan menggunakan
kemahiran merancang atau mengelola aktiviti. Kemahiran tersebut amat membantu
kita untuk melaksanakan sesuatu program dengan lebih lancar agar dapat mencapai
kejayaan.
KEMAHIRAN BEKERJA DENGAN ORANG LAIN DALAM
KUMPULAN.
Kerja berkumpulan boleh juga dikenali
sebagai “Team Work”. Dengan bekerja dalam sesuatu kumpulan, serta
beretika dalam pekerjaan, seseorang itu dapat atau lebih mudah untuk memenuhi
keperluan sosial dan psikologikal agar dapat mencapai matlamat hidup.
Organisasi di zaman moden ini beroperasi untuk menerusi pelbagai jenis kumpulan
kerja. Ada juga pelbagai kumpulan yang dibentuk khusus untuk menyelesaikan
masalah, perangkaan dan membuat
perancangan, menyeleraskan kerja, mencari idea baru dan seterusnya.
Kemahiran
bekerja dengan orang lain dalam kumpulan ataupun berpasukan sangat digalakkan
agar dapat meringankan sesuatu kerja yang berat. Terdapat juga banyak kemahiran
kerja berkumpulan yang perlu diambil kira seperti cara berkomunikasi antara
ahli kumpulan, membuat keputusan secara beramai-ramai, mengendalikan konflik,
membina sesuatu dengan lebih kreatif dan inovatif, kepemimpinan, memotivasikan,
membuat penilaian, memberi ganjaran, serta lain-lain lagi. Sebagai seorang
ketua kumpulan ataupun ahli kumpulan, kita haruslah menghormati pandangan ahli
yang lain agar dapat mengelakkan diri daripada pertelingkahan dan perselisihan
faham demi menjalinkan hubungan yang baik di dalam kalangannya.
KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.
Disediakan oleh uma.
- Pelbagai takrifan telah diberikan tentang teknologi maklumat.
Salah satunya menurut Senn (1998),
teknologi maklumat adalah gabungan ketiga-tiga komponen komputer,
komunikasi dan tahu-guna.
- Menurut beliau lagi ia mencipta peluang kepada manusia dan
organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan umumnya berjaya. Oleh itu,
logiknya, ketiga-tiga komponen ini tidak boleh dipisahkan apabila berbicara
tentang teknologi maklumat.
- Komputer tanpa pengetahuan untuk menggunakannya dengan bijak
tentulah tidak boleh dianggap sebagai satu teknologi yang berkesan.
- Seterusnya, jika pengetahuan
untuk menggunakan komputer ada tetapi
tanpa kebolehan untuk menyebarkan maklumat untuk berkomunikasi tentu
tidak membawa banyak impak terhadap proses globalisasi yang sering diperkatakan
kini.
- Dengan itu, umumnya,
seperti yang dirangkumi oleh A.Razak et al (2000), teknologi maklumat ialah satu alat utama
dalam era meklumat yang digunakan untuk mencapai, menyimpan dan menyebarkan maklumat
terutama maklumat yang berbentuk digital.
- Selain itu, menurut Paisley dan Chen (1982) dipetik daripada Brown (1997),
maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara
seseorang berfikir.
Kepentingan Menguasai Kemahiran
Teknologi Maklumat (ICT)…
1)
Perubahan
ICT akan memberikan cabaran besar terhadap profesion kepelajaran.
2)
Pencarian
maklumat melalui internet merupakan aset yang akan dapat menjayakan pendidikan
pada masa hadapan.
3)
Dapat
menjimatkan masa samasa mencari maklumat
4)
Berupaya
meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran.
5)
Memberi
peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan.
6)
Membolehkan
pembelajaran bersendiri (individualise learning).
7)
Membolehkan
pelajar mengakses maklumat yang sukar diperolehi
8)
Membolehkan
pelajar mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal
untuk diperoleh.
9)
Mewujudkan
suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
10)
Membolehkan
pelajar mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil
atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.
11)
Meningkat
daya kreativiti dan imaginasi pelajar.
12)
Memberi
peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
Pendapat tokoh-
tokoh berkaitan
kemahiran
teknologi maklumat.
1)
Chakrabarty
(1979), menjelaskan bahawa literasi
komputer membawa maksud mempelajari cara menggunakan sesuatu perisian
mikrokomputer dan peranti-perantinya yang dapat menghasilkan sesuatu melalui
penggunaan computer
2)
Dologite
(1987), menyatakan literasi membawa
maksud yang agak mudah, iaitu tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang itu
menggunakan komputer.
3)
Hunter
(1987), dalam kajiannya yang menyatakan literasi komputer sebagai kemahiran
seseorang individu menggunakan komputer sebagai sebuah alat yang disesuaikan
kepada situasi hidup harian yang membolehkannya berfungsi dalam masyarakat yang
berasaskan maklumat.
4)
Ngan
(1994) menyatakan bahawa literasi
komputer membawa maksud yang lebih luas bukan sahaja konsep dalam kesedaran
tetapi juga pengalaman dan pengendalian komputer.
Comments
Post a Comment